Pengikut

Jumaat, 10 Mei 2013

NOVEL SESAAT CUKUP BAGIKU





NOVEL : SESAAT CUKUP BAGIKU
PENULIS : LAILA HANNI
NOVEL NO : 536

REVIEW BIE

KISAH MAI (MAIZATUL HAFIZAH) YANG DICERAIKAN DENGAN TALAK TIGA KERANA PERSELISIHAN FAHAM DAN KEEGOAN SI SUAMI BERNAMA IRFAN                         ( MUHAMMAD IRFAN).KERANA MASIH SAYANG  IRFAN MENCARI SEORANG CINA BUTA , UNTUK MERUJUK KEMBALI DENGAN MAI. IRFAN MENEMUI  SYAMSUL HASNI SEORANG LELAKI BIASA BERSTATUS DUDA ANAK DUA. IRFAN SANGGUP MEMBAYAR UNTUK KEMBALI BERSATU DENGAN MAI.AKHIRNYA BERSATU LA MAI DAN SYAMSUL DALAM SEBUAH PERKHAWINAN TANPA SEKELUMIT RASA KASIH DAN SAYANG.KEHIDUPAN BERBEZA YANG DIALAMI MAI SEMASA MENJADI ISTERI SYAMSUL MENJADIKAN MAI MAHU TERUS KEKAL MENJADI ISTERI WALAUPUN PELBAGAI FITNAH DISEBAR OLEH IRFAN YANG TIDAK DAPAT MENERIMA KEHILANGAN MAI. BERITA KEHAMILAN MAI MENJADIKAN IRFAN LEBIH TERTEKAN. IRFAN MENGHADAPI TEKANAN MENTAL DAN TEKAD MELARIKAN BAYI DAN MAI DIHOSPITAL TAPI DAPAT DISELAMATKAN PIHAK POLIS …SETELAH 5 TAHUN BERLALU MEREKA HIDUP BAHAGIA MAI DAN SYAMSUL ….IRFAN PUN PULIH SEPERTI SEDIA KALA.

SEDIKIT KOMEN:
1.MAI SEORANG YANG PENYABAR,TAPI SABAR PUN ADA HAD NYA.
2.SYAMSUL SEORANG ANAK YANG BAIK, SEORANG SUAMI YANG MERENDAH DIRI,SEORANG AYAH YANG PENYAYANG.
3.IRFAN SEORANG PENCINTA .
4. KASIH SAYANG DALAM KELURGA MENJAMIN KEBAHAGIAN.



SEBUAH SAJAK DARI PENULIS LAILA HANNI …….. BEST………….

……SESAAT CUKUP BAGIKU……

SAAT BAHTERAKU GERSANG DISEBUAH SAHARA,
DAHAGAKAN SETITIS EMBUN BERNAMA CINTA,
KAU HADIR MENGUCAP SALAM TANPA SEBUAH MAKNA,
LANTAS HATI YANG ALPA BERPUTIK RASA MEKAR BERBUNGA,
HADIRMU BAK EMBUN PAGI HANYA UNTUK SEDETIK CUMA,
MENJANJIKAN SEGAR HANYA UNTUK SEKETIKA SAHAJA,
NAMUN BAHAGIA MENJELMA MENONGKAH SEJUTA RAHSIA,
MENYULAM DAHADA RINDU DALAM SEBUAH BAHTERA,
DAN SAAT PANTAI KASIHMU KIAN MENJELMA,
SEMAKIN HAMPIR BAHTERA KE PELABUHAN CINTA
BAGAI ADA ENGGAN DI HATI SEORANG NAKHODA
MERELAKAN BAHTERANYA SINGGAH DI MUARA
ANDAI WAKTU BISAKU HENTIKAN
MAKA SAAT INI PASTI ITU YANG AKU LAKUKAN
KERANA KALBU INI BAGAIKAN ENGGAN
UNTUK KEMBALI SEPI DALAM KEGERSANGAN
ANDAI RINDU MU DAPAT KURAIH
AKANKU TUNGGU TANPA KENAL ERTI LETIH
INGIN KU TENGGGELAM DI LAUTAN CINTAMU
WALAU SESAAT SUDAH CUKUP BAGIKU……………..

Tiada ulasan: